Honda Malaysia buka tempatan untuk CR-V baharu 

Honda Malaysia buka tempatan untuk CR-V baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Honda Malaysia membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Comfortable Runabout Vehicle (CR-V) generasi keenam di 101 pengedar di seluruh negara.

Pelancaran CR-V baharu dijadualkan Disember ini, akan membolehkan syarikat  mengakhiri tahun ini dengan prestasi yang kukuh.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, CR-V mempunyai sejarah selama 20 tahun sebagai model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) yang dikeluarkan dari kilang pembuatan di Melaka pada 2003.

Katanya, dengan pencapaian itu, SUV Honda Malaysia memberikan impak bermakna terhadap industri automotif di negara ini dengan memenangi hati pemiliknya dalam beberapa generasi.

“Sehingga kini, CR-V telah terjual lebih 129,000 unit mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyumbang tertinggi jualan Honda Malaysia.

“Dengan pelancaran CR-V serba baharu tidak lama lagi, kami menjangkakan penguasaan berterusan dalam segmen SUV bukan nasional,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, dihasilkan dengan pakej yang komprehensif, Honda Malaysia yakin CR-V generasi keenam itu sekali lagi menempatkan penanda aras baharu dalam segmen SUV bukan nasional.

“Ia akan menawan hati rakyat Malaysia yang mahukan SUV elegan serta meyakinkan sambil memberikan pengalaman pemanduan hebat,” ujarnya.

Tambahnya, CR-V itu menampilkan konsep baharu dan moden yang menawarkan sebuah SUV dengan reka bentuk canggih serta elegan kepada rakyat Malaysia.

“Varian e:HEV RS menyerlahkan sentuhan lebih premium dengan penggayaan diperkemaskan di bahagian depan, menampilkan gril depan dengan corak ‘Mesh’ berani, lampu depan dan belakang LED sepenuhnya, lambu kabus depan LED dan lampu isyarat membelok LED berturutan.

“CR-V e:HEV RS baharu turut didatangkan dengan pemegang pintu yang anggun dengan roda aloi 18 inci hitam ‘Berlina’ yang menonjolkan lagi penampilan moden dan bergaya model berkenaan.

“Karakter mantap bahagian luaran CR-V baharu meningkatkan lagi kehadiran model itu, menjadikannya benar-benar `menonjol’ di atas jalan raya,” jelasnya.

Honda Malaysia akan mengatur previu eksklusif di pengendar Honda terpilih untuk membolehkan pengguna merasai pemanduan CR-V serba baharu menjelang pelancarannya bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN