PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan kukuh semalam. Pada 9.16 pagi, FBM KLCI susut 3.92 mata kepada 1,460.75, daripada penutup semalam pada 1,464.67 mata, memetik laporan Bernama. Indeks penanda aras dibuka 0.62 mata lebih rendah pada 1,464.05. Pasaran yang lebih luas juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 214 berbanding 152, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,692 tidak diniagakan dan…










