PETALING JAYA: YTL Cement, kumpulan bahan binaan terbesar di Malaysia mengumumkan RM1 juta geran penyelidikan kepada Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) bagi mengetengahkan misi mencapai kecemerlangan pembinaan dan sokongan peralihan industri kepada pembinaan mampan. Rangsangan kewangan kepada anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ini susulan Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua pertubuhan pada April lalu. CREAM dan YTL Cement menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam membangunkan tenaga kerja industri…










