SME Corp harap berita baik untuk PMKS - Utusan Malaysia

SME Corp harap berita baik untuk PMKS

RIZAL NAINY (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada salah seorang usahawan pada Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di Hotel Holiday villa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: SME Corporation Malaysia (SME Corp) berharap kerajaan dapat mengetengahkan pelbagai inisiatif dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergerak lebih berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy berkata, PMKS merupakan salah satu tunjang ekonomi negara yang perlu dibantu secara bersasar.

Katanya, sebanyak 97.4 peratus daripada perniagaan di negara ni adalah PMKS, membabitkan hampir 1.2 juta perusahaan.

“Antara inisiatif yang difikirkan perlu adalah dalam bidang pendigitalan, begitu juga dengan akses terhadap pasaran terutamanya eksport.

“Inisiatif ini boleh membolehkan PMKS memperkembangkan dan mempergiatkan lagi perniagaan mereka, khususnya dalam rantaian bekalan terutamanya persediaan pelaksanaan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya selepas menghadiri Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di Holiday Villa, di sini semalam.

Ditanya tentang amalan ESG dalam kalangan PMKS, Rizal memberitahu, ia masih di peringkat rendah apabila ramai usahawan tidak mempunyai tahap kesedaran yang jelas mengenai perkara itu serta implikasi terhadap perniagaan mereka.

Sehubungan itu, SME Corp akan mengambil inisiatif menerusi program yang akan dijalankan untuk membantu PMKS bersedia dari segi meningkatkan kesedaran terhadap amalan ESG dan langkah yang perlu diambil.

“ESG merupakan elemen baharu dalam penyediaan PMKS dalam rantaian bekalan khususnya bagi pasaran eksport. Jadi, dari segi tahap kesedaran, kita dapati ia masih rendah berbanding syarikat berskala besar.

“Walaupun ada sebahagian PMKS yang tahu mengenai ESG, iaitu kira-kira 60 peratus tahap kesedaran, namun dari segi adaptasi ia masih rendah dan tidak diimplementasi,” katanya.

Mengenai permohonan Mikro Madani, pihaknya telah menerima lebih 300 permohonan terutamanya dalam bentuk kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya