Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, apabila pelabur global mula memberi reaksi ke atas berita pasaran yang menghantar isyarat bercampur-campur mengenai tindakan seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed), kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, lapor Bernama.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7200/4.750 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7255 penutupan semalam.

Mohd. Afzanizam berkata, peningkatan mendadak dalam hasil 10 tahun Perbendaharaan AS naik 12 mata asas kepada 4.80 peratus, menunjukkan inflasi kekal tinggi.

“Oleh itu, kami menjangkakan ringgit akan mengekalkan kecenderungan yang lemah,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9409/9461 daripada 4.9500/9542, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.6999/7059 daripada 5.7031/7079.

Bagaimanapun, ia jatuh lebih jauh berbanding yen kepada 3.1635/1671 daripada 3.1504/1533 pada penutupan semalam.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4352/4394 daripada 3.4366/4400, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7224/7417 daripada 12.7381/7540, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 302.9/303.4 daripada 302.9/303.4.

Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN