Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama dagangan pada Oktober 2023.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi tadi, mata wang tempatan susut kepada 4.6990/7045 berbanding dolar AS, daripada penutup Jumaat lalu pada 4.6930/6970.

“Dolar AS didagangkan lebih kukuh sedikit pada hujung minggu, dan pasaran menjangkakan sikap hawkish Rizab Persekutuan AS untuk terus memacu pasaran pertukaran asing,” kata Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan meningkat berbanding yen Jepun pada 3.1400/1439 daripada 3.1482/1511 Jumaat lalu, meningkat berbanding euro kepada 4.9654/9712 daripada 4.9802/9845, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.7300/7367 daripada 5.7300/7367 daripada 5.7522/7571.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia lebih tinggi berbanding baht Thailand pada 12.7927/8118 berbanding 12.8808/8964 pada Jumaat, tetapi susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.8/304.4 daripada 303.5/303.9 sebelumnya.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.29/8.30 sejak Jumaat, tetapi meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4370/4415 daripada 3.4457/4489 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN