PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana pada kadar 3.3 peratus berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun 2023 (S3 2023). Kementerian Ekonomi dalam kenyataan memaklumkan, kadar itu meningkat berbanding suku kedua tahun ini iaitu 2.9 peratus. Katanya, anggaran prestasi mengikut sektor menunjukkan pertumbuhan disokong oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan dengan aktiviti pelancongan menunjukkan pemulihan dan kemajuan pelaburan. Ini termasuk pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Projek…










