168 Park Selayang tawar pengalaman hidup mewah

168 Park Selayang tawar pengalaman hidup mewah

168 Park Selayang merupakan projek pembangunan bercampur pertama di Selayang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERLETAK di Jalan Kuching, 168 Park Selayang, merupakan projek pembangunan bercampur pertama di Selayang yang memiliki tiga menara kediaman dan sebuah pusat membeli-belah komuniti dua tingkat.

Projek anak syarikat Infra Segi Sdn. Bhd., 168 Park Selayang Sdn. Bhd. itu, menawarkan pengalaman kehidupan mewah kepada penduduk Selayang dan bakal mengubah Selayang menjadi sebuah pusat bandar serba moden.

Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Selayang, Edward Lum berkata, pelancaran menara kediaman terakhirnya, Blok B pada awal bulan ini menjadikan ia sebagai bangunan tertinggi di Selayang setinggi 49 tingkat.

Menurut Lum, terdiri daripada 956 unit, dengan harga berpatutan yang bermula daripada RM397,000, dan tersedia dalam tiga saiz optimum, 168 Park Selayang memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih unit mengikut kesesuaian gaya hidup dan belanjawan mereka.

“Pada Mac lalu, kami telah me­lancarkan blok A, 168 Park Sela­yang dan kami berjaya merekodkan kadar peratusan pembelian bagi 477 unit kediaman berkenaan sebanyak 80 peratus dalam tempoh dua bulan sahaja.

“Ini menunjukkan permintaan yang tinggi untuk unit perumahan seperti yang kami tawarkan di kawasan ini, terutamanya dengan lokasi strategik yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut, Lum berkata, Blok B yang baharu sahaja dilancarkan syarikat itu merupakan unit premium yang diilhamkan daripada oasis dan berkonsepkan ruang perlindungan yang selesa.

Jelas beliau, mempunyai persekitaran lobi yang mengagumkan ia direka dengan pelbagai untuk mewujudkan suasana umpama percutian dan mampu menjadi sebuah tempat yang memberi ketenangan dan keselesaan untuk penghuninya berehat.

“Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa pembeli rumah kali pertama layak untuk memohon program iMiliki yang ditawarkan oleh kerajaan sekiranya mereka memenuhi syarat keperluan,” katanya.

Beliau berkata, dengan latar belakang sebagai syarikat kontraktor, ia memberikan kelebihan kepada 168 Park Selayang kerana dapat memberikan pandangan yang tidak ternilai terhadap amalan kerja yang cekap, sekali gus membolehkannya menggunakan kepakaran dalam menawarkan harga yang berpatutan.

“Unit-unit kediaman kami menyepadukan gaya hidup yang komprehensif dan mampan, dengan mengetengahkan kualiti dan kemudahan pada tahap tertinggi.

“Setiap unit menyediakan sistem kediaman pintar yang canggih dengan suis pintar dan kunci pintar yang boleh dikawal melalui aplikasi telefon yang mesra pengguna dan ringkas untuk kemudahan dan keselamatan tambahan,” katanya.

Lum berkata, sebagai kesinambungan komitmen 168 Park Selayang terhadap pemeliharaan alam sekitar, projek ini merupakan projek pembangunan pertama di Selayang yang mengamal dan menggalakkan kehidupan mampan.

Ujar beliau, 168 Park Selayang akan menyediakan 12 pengecas EV untuk kemudahan pengecasan penghuni dan pengunjung di mana pengecas-pengecas ini akan diletakkan di lokasi strategik di projek berkenaan.

“Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menambah baik persekitaran Selayang, 168 Park Selayang merancang untuk suatu projek pelebaran jalan di Jalan PS 7 dan pemasangan lampu isyarat baharu di persimpangan Jalan PS 7 dan Lebuhraya Selayang-Kepong.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan lalu lintas di kawasan setempat dan meningkatkan persekitaran kehidupan masyarakatnya,” katanya.

Dengan empat ekar fasiliti yang tersedia, 168 Park Selayang menyediakan pelbagai pilihan aktiviti bermanfaat yang boleh dinikmati oleh penghuni dan juga berehat di luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN