Top Glove tersenarai dalam Indeks Kemampanan Dow Jones

Top Glove tersenarai dalam Indeks Kemampanan Dow Jones

KERUGIAN Top Glove pada suku kedua 2024 mengecil kepada RM40 juta. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Top Glove Corp Berhad telah tersenarai dalam Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) untuk tahun kelima berturut-turut dan mencapai skor yang dipertingkatkan dalam Penarafan FTSE Russell ESG.

Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata, dalam industri peralatan dan bekalan penjagaan kesihatan di DJSI, syarikat itu berada dalam kedudukan tiga teratas dalam kalangan rakan industri.

Katanya, pencapaian itu memaparkan komitmen Top Glove terhadap tadbir urus korporat yang mampan, pengurusan rantaian bekalan, inovasi, pelaporan alam sekitar, strategi iklim, hak asasi manusia, pembangunan modal insan dan pengurusan perhubungan pelanggan, yang kesemuanya merupakan kriteria utama yang dinilai oleh DJSI.

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan berkata, anugerah itu mengesahkan dedikasi syarikat terhadap prinsip ‘berbuat baik dengan melakukan kebaikan’.

“Kami tetap komited untuk memberi kesan positif kepada komuniti yang kami berkhidmat, sambil melindungi alam sekitar, dan menegakkan prinsip etika yang kukuh dalam amalan perniagaan kami,” katanya.

Top Glove mengaitkan pencapaian itu dengan usaha berterusannya untuk meningkatkan standard kemampanan merentas operasinya dan pendekatan telus terhadap pendedahan ESG.

Pada Jun 2022, syarikat itu melancarkan Dasar Kemampanan komprehensif, menggariskan komitmen dalam bidang penjagaan alam sekitar, tanggungjawab sosial, tadbir urus dan kebolehkesanan sepanjang tahun kewangan 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN