Terowong Genting ECRL di Seksyen Tujuh terpanjang di ASEAN

Terowong Genting ECRL di Seksyen Tujuh terpanjang di Asia Tenggara

KERJA-kerja mengorek terowong menggunakan me­sin pengorek terowong giat dilakukan di projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Bentong ke Gombak di Seksyen Tujuh, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pembinaan terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Bentong ke Gombak di Seksyen Tujuh sejauh 16.39 kilometer di Bukit Tinggi di sini dan terpanjang di Asia Tengggara sudah mencapai kemajuan 20 peratus sejak pengorekan dimulakan Jun tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam ECRL Seksyen Tujuh, S. Thilakumar berkata, bagi kerja pengorekan terowong di Seksyen Tujuh bermula dari hala Bukit Tinggi ke Gombak terdapat dua peringkat, iaitu TBM Satu bermula pada Jun 2022 sejauh 3.2 kilometer dan TBM Dua  pada November tahun lalu.

“Kerja mengorek mula pada Jun tahun lalu dari arah Bukit Tinggi ke Gombak sepanjang 16.39 kilometer menggunakan me­sin pengorek terowong (TBM) dari China.

“Fasa pembinaan terowong di Seksyen Tujuh antara pakej projek ECRL sepanjang 665 kilometer bakal menghubungkan negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka siap pada 2027,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pembinaan kerja di TBM 2, Bukit Tinggi di sini.

Menurut Thilakumar, projek pengorekan terowong di Seksyen Tujuh bergaris pusat 8.98 meter yang sudah mencapai 20 peratus dari hala Bukit Tinggi ke Gombak siap dalam tempoh tiga tahun merupakan terowong landasan tren terpanjang di Asia Tenggara.

Katanya, projek ECRL di Seksyen Tujuh antara fasa baharu dengan bantuan TBM di terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer antara Bentong dan Gombak.

“Projek di Seksyen Tujuh juga melibatkan pembinaan 12 buah terowong dan 23 buah jambatan termasuk kemudahan lain seperti pembetung dan stesen halaman.

“Dengan kapasiti penggalian antara 400 dan 600 meter sebulan, mesin pengorek bagi projek TBM Satu dan TBM Dua akan menjalankan tiga tugas utama iaitu kerja bawah tanah, menggali terowong, mengangkut sisa galian ke permukaan dan memasang panel konkrit sebagai dinding terowong,” jelasnya.

Ujarnya, penggunaan tersebut lebih efektif bagi pengorekan tanah dan pada masa yang sama akan meningkatkan jumlah tenaga kerja tempatan di Seksyen Tujuh dalam bidang pengurusan dan bukan pengurusan seperti mandur dan operator kren. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN