Syarikat AS mahu tingkat import perabot Malaysia

Syarikat AS mahu tingkat import perabot Malaysia

TENGKU ZAFRUL Tengku Abdul Aziz bertemu syarikat pengimport dan pengedar perabot Amerika Syarikat di New York, yang berhasrat meningkatkan import perabot Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengimport dan pengedar perabot Amerika Syarikat, Top-Line Furniture Corporation (Top-Line), berhasrat untuk meningkatkan import dari Malaysia dalam beberapa tahun akan datang kepada RM230 juta setahun.

Menurut Perbadanan Pemba­ngunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), syarikat berpangkalan di Chicago, Illinois itu telah mendapatkan sumber perabot rumah dari Malaysia sejak 2000, dengan jumlah import berjumlah kira-kira RM840 juta setakat ini.

Jelasnya, Top-Line telah menyatakan hasrat tersebut kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu mesyuarat di New York.

Katanya, Top-Line telah menjalin perkongsian kukuh dengan beberapa industri dan pemain besar termasuk Wayfair.com, Bed Bath and Beyond, Overstock.com, Walmart.com, Target.com dan Home Depot.

Syarikat itu kini mengendalikan tiga lokasi pengedaran di seluruh Amerika Syarikat merangkumi pelbagai saluran, termasuk pemborong, peruncit dalam talian dan platform terus kepada pengguna.

Top-Line adalah antara peng­import utama AS yang telah mengimport dari Malaysia selama bertahun-tahun.

“Import dari Malaysia berkembang seiring dengan rancangan pengembangan syarikat. Sumber produk baharu dari Malaysia akan mewujudkan peluang kepada syarikat untuk mengimport RM230 juta setahun perabot buatan Malaysia dalam beberapa tahun akan datang.

“Peningkatan dalam pe­nyum­beran bukan sahaja akan meng­untungkan pengeluar pe­rabot tetapi juga memberi manfaat kepada pemain rantaian bekalan di kalangan PKS se­perti pembekal komponen dan alat ganti (bolt dan nat) yang juga menyebabkan peningkatan dalam pekerjaan,” katanya dalam kenyataan.

MATRADE berkata, laporan pasaran perabot AS 2022 menyatakan, pasaran perabot negara itu dianggar berjumlah AS$288.9 bilion (RM1.35 trilion) menjelang 2026, dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak 4.47 peratus dari tahun 2022-2026.

Katanya, Malaysia mengeks­port RM13.86 bilion perabot ke seluruh dunia pada 2022, dengan AS destinasi utama berjumlah RM7.24 bilion atau 52.2 peratus daripada jumlah eksport perabot negara.

Malaysia merupakan sumber perabot import keenam terbesar AS pada 2022, menyum­bang 2.78 peratus daripada jumlah import perabot dan peralatan tempat tidur AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN