Selangor bakal siapkan 45,000 rumah mampu milik tahun ini

Selangor bakal siapkan 45,000 rumah mampu milik tahun ini

AMIRUDDIN Shari pada majlis penyerahan kunci kepada pembeli Pangsapuri Selangorku di Seri Temenggung Batu Caves Gombak, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Selangor telah membina sebanyak 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tambahan 45,000 unit rumah mampu milik akan disiapkan pada tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan kerajaan negeri membina lebih banyak rumah mampu milik telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

“Projek rumah mampu milik akan menjadi pelengkap kepada Dasar Selangor 3.0 yang menyediakan unit satu dan dua biik untuk golongan bujang,” katanya pada majlis penyerahan kunci 400 unit Pangsapuri Seri Temenggung di sini, semalam.

Amiruddin berkata, penyerahan kunci itu tanda projek berkenaan yang mula dibina pada 2021, berjaya diselesaikan.

Susulan kejayaan projek itu katanya, kerajaan negeri menaikkan sasaran pembinaan rumah mampu milik sekurang-kurangnya 200,000 unit dalam tempoh lima tahun akan datang (2023 hingga 2028).

Selain itu kata beliau, kerajaan negeri juga akan terus meremaja atau membangunkan bandar atau perumahan baharu di Selangor.

Ini kerana katanya, daerah seperti Shah Alam, Ampang, Petaling dan Cheras mempunyai banyak kawasan perumahan yang dibangunkan pada 80-an 90-an dan perlu dibangunkan semula.

“Perubahan dasar di peringkat Persekutuan diperlukan. Ini adalah peluang terbaik hidupkan kawasan perumahan yang lebih berdaya saing dengan lebih banyak dengan fasiliti,” katanya.

Amirudin berkata, beliau percaya pembinaan baharu dengan kemudahan serba moden mampu menaikkan kualiti kehidupan rakyat Selangor seperti terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN