Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$111.5 bilion

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$111.5 bilion

BNM arah dua bank alami gangguan perkhidmatan beri penjelasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.5 bi­lion pada 15 September 2023, menurun berbanding AS$112.5 bilion pada 30 Ogos 2023.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membia­yai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab an­tarabangsa BNM ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$98.9 bilion, kedudukan ri­zab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

“Jumlah aset adalah RM623.80 bilion yang me­rangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM522.12 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM60.95 bilion),” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, modal dan liabiliti pula terdiri daripada mo­dal berbayar sebanyak RM100 juta manakala rizab (RM178.87 bilion), mata wang dalam eda­ran (RM157.85 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM168.75 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM11.92 bilion), deposit lain (RM37.57 bilion), kertas Bank Negara (RM34.07 bilion), peruntukan SDR (RM29.95 bilion) dan liabi­liti-liabiliti lain (RM4.68 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN