PETALING JAYA: Petronas, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari), Amazon dan Amazon Web Service (AWS) akan bekerjasama dalam usaha mereka memcepatkan inisiatif penyahkarbonan dalam peralihan tenaga global.
Dalam kenyataan bersama, Petronas berkata, ia sejajar dengan komitmen Petronas untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang berpatutan sambil mengurangkan keamatan pelepasan operasinya.
Katanya, memanfaatkan kepakaran Gentari dalam penyelesaian tenaga bersih, langkah itu turut menyokong komitmen Amazon untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2040.
Tambahnya, kerjasama mencerminkan pendekatan menyeluruh ke arah kemampanan, kemajuan teknologi, dan kemajuan sosio-ekonomi, yang akan melibatkan penerokaan potensi dalam bidang berikut:
* Gentari akan menyokong penyahkarbonan rangkaian pengangkutan Amazon India dengan bekerja dengan rakan kongsi perkhidmatan penghantaran pihak ketiga untuk kenderaan pengangkutan elektrik.
* Petronas dan AWS akan meneroka mereka bentuk dan membina loji tercanggih di masa depan yang menggabungkan teknologi canggih, robotik dan penyelesaian automasi, serupa dengan yang digunakan dalam gudang dan kemudahan Amazon.
* Amazon berhasrat untuk menilai penyelesaian bahan api rendah karbon dan alternatif Petronas untuk potensi integrasi dalam pelbagai bidang seperti mobiliti, aplikasi kuasa pegun, dan pengurusan karbon.
* Petronas akan terus memanfaatkan teknologi awan AWS untuk meningkat dan mengembangkannya penyelesaian sedia ada dan baharu.
Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong berkata, Syarikat percaya bahawa kerjasama yang dibina penting untuk menyokong peralihan Asia dan dunia ke arah tenaga yang lebih bersih.
“Kami menjemput rakan kongsi yang sehaluan untuk bergabung tenaga dalam mengukuhkan ekosistem inovasi yang luas yang boleh menangani banyak cabaran sepanjang perjalanan kami untuk merealisasikan masa depan yang mampan bersama-sama,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit pula berkata, kerjasama menandakan detik penting ketika Syarikat berusaha untuk berada di barisan hadapan peralihan tenaga, memacu berubah untuk mencipta masa depan yang lebih bersih dan mampan.
“Selaras dengan matlamat kami untuk menjadi rakan yang dihargai melalui penawaran komprehensif kami dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, dan mobiliti hijau, Gentari teruja untuk menyokong pendekatan bertanggungjawab Amazon dalam menyahkarbonkan operasi mereka dan membantu mereka mencapai aspirasi sifar bersih ,” katanya. – UTUSAN










