PETALING JAYA: Belanjawan 2024 harus diselaraskan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan sebarang inisiatif tahun ini yang memberi impak besar perlu diteruskan pada tahun depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sebagai contoh, usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar perlu diteruskan ke tahun hadapan. “Selain itu, kerajaan juga perlu meneruskan usaha dalam menambahkan hasil negara, mungkin melalui cukai baharu…