PETALING JAYA: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023) merekodkan nilai jualan berjumlah RM3.11 bilion, melebihi 24 peratus sasaran ditetapkan sebanyak RM2.5 bilion. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang merupakan penganjur MIHAS 2023 dalam satu kenyataan berkata, jumlah jualan yang direkodkan itu disumbang oleh perjanjian perniagaan yang dimuktamadkan daripada dua program utama MIHAS 2023. Menurutnya, dua program utama dalam pameran halal terbesar yang dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri…










