PETALING JAYA: Lebih 10,000 peserta menyertai Coway Run 2023, anjuran Coway Malaysia bersempena Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Ahad lalu. Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, 2023 merupakan tahun ketujuh larian itu diadakan, membabitkan tiga kategori iaitu lima, 10 dan 21 kilometer, antara lain bagi meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Beliau berkata, sempena ketibaan Hari Malaysia, matlamat utama Coway Malaysia adalah untuk mewujudkan platform yang membina hubungan, memupuk persefahaman…










