PETALING JAYA: Jumlah perdagangan negara menyusut 19.8 peratus kepada RM213.01 bilion pada Ogos 2023 berikutan permintaan global yang perlahan dan harga komoditi yang lebih rendah, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI). Menurut MITI, eksport menyusut 18.6 peratus kepada RM115.16 bilion dan import menurun sebanyak 21.2 peratus kepada RM97.85 bilion. “Prestasi itu seiring dengan rakan dagang utama Malaysia yang lain seperti Republik Korea, China, Taiwan dan Indonesia di mana masing-masing…










