Gentari jenama semula WIRSOL Energy

Gentari jenama semula WIRSOL Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gentari secara rasmi menjenamakan semula penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui (RE) terkemuka WIRSOL Energy, selepas pemerolehan penuh syarikat itu selesai pada Februari 2023.

Dengan penjenamaan semula itu, WIRSOL Energy kini dikenali sebagai Gentari Solar Australia.

Perkembangan itu mengukuhkan kedudukan Gentari sebagai pemaju terkemuka solar bersepadu dan sistem storan tenaga bateri (BESS) serta pengurusan aset dalam pasaran RE Australia.

Gentari Solar Australia kini mempunyai 422 MW dalam kapasiti terpasang kasar dan 765 MW dalam kapasiti berpotensi projek saluran paip akhirnya.

Syarikat juga telah melantik Andrew Barson sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan mandat untuk mengembangkan kapasiti solar syarikat dan keupayaan BESS di negara itu.

Antara projek yang bakal diselia Barson ialah Projek Penyimpanan Solar dan Tenaga Maryvale di New South Wales dan Projek Penyimpanan Solar dan Tenaga Barnawartha di Victoria, kedua-duanya dijangka mencapai FID dengan kapasiti gabungan lebih 500 MW.

Ketua Pegawai RE Gentari, Low Kian Min berkata, Gentari Solar Australia akan menjadi kunci dalam usaha syarikat mencapai cita-citanya untuk mempercepat penggunaan tenaga bersih.

“Dalam jangka masa segera, kami akan memanfaatkan aset Australia kami sebagai blok bangunan untuk memandu pertumbuhan kapasiti solar skala utiliti dan keupayaan penyimpanan bateri, ke arah peningkatan bahagian yang boleh diperbaharui dalam campuran penjanaan kuasa Australia.

“Memandang lebih jauh ke hadapan, Gentari juga akan meneroka teknologi tenaga bersih yang lain termasuk kuasa angin di Australia,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, berdasarkan kematangan pasaran Australia dan potensi yang kukuh, Gentari sedang melihat untuk mengoptimumkan sumber tenaga solar semasa, meneroka penjanaan angin dan teknologi lain untuk membekalkan tenaga hijau dalam penghasilan hidrogen pada masa hadapan.

“Kami juga berminat untuk membangunkan keupayaan komersial dan memantau peluang dalam mobiliti hijau di negara ini,” tambahnya.

Operasi Gentari di Australia ketika ini membabitkan pemenambah 422 MW kapasiti pemasangan kasar kepada portfolio RE keseluruhan syarikat, menyertai lebih 1 GW kapasiti di Malaysia dan India.

Dalam jangka masa panjang, Gentari menyasarkan menyumbang lebih daripada 5 GW sumber tenaga di negara ini ke arah mencapai cita-cita 2030 iaitu 30 hingga 40 GW di seluruh dunia, didorong terutamanya oleh aset operasi solar dan angin.

Gentari mempunyai kumpulan bakat yang pelbagai di Australia, kini menyedari keperluan untuk meluas keupayaan dalam segmen tenaga bersih.

“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada masa depan Gentari Australia. Selaras dengan pertumbuhan perniagaan Gentari di negara ini dan berkembang pesat di kehadiran serantau, kami bersedia untuk menambah peluang pekerjaan baharu di seluruh rantaian nilai RE,” tambah Barson. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN