Dropee, BSN sasar pembiayaan RM300 juta

Dropee, BSN sasar pembiayaan RM300 juta

PERTUKARAN dokumen kerjasama antara Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid (dua, kiri) dan Aizat Rahim disaksikan Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil (kiri) dan Pengarah Dropee, Datuk Khairul Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dropee dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pembiayaan sebanyak RM300 juta untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pelancaran program kerjasama mereka, Digital Niaga.

Program tersebut adalah inisiatif komprehensif baharu untuk menangani jurang rantaian bekalan dan mempercepatkan kelulusan pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pakar e-dagang perniagaan ke perniagaan tempatan itu dan BSN dalam kenyataan bersama­nya berkata, program baharu ini diwujudkan untuk membantu PMKS berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompleks.

Pengarah Urusan Dropee, Aizat Rahim berkata, program Digital Niaga merupakan peluang keemasan bagi PMKS untuk mengubah perniagaan mereka.

“Program ini menyediakan platform untuk mereka mencari alat digital yang betul dan akses mudah kepada sumber kewa­ngan.

“Matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil dan pertumbuhan untuk jutaan PMKS Malaysia dengan menghubungkan mereka kepada penyelesaian dan rakan kongsi yang betul seperti BSN,” katanya, semalam.

Tambah kenyataan itu, kerjasama tersebut menawarkan produk yang disesuaikan untuk PMKS seperti pembiayaan rantaian bekalan pusingan untuk pelbagai keperluan perniagaan mereka.

“Satu bidang utama yang mempengaruhi PMKS ialah penggunaan digital dalam operasi harian mereka yang mana kosnya juga amat mencabar.

“BSN akan bekerjasama de­ngan Dropee dalam mengenal pasti PMKS yang layak untuk menyertai program Digital Niaga.

“PMKS kemudiannya akan menjalani latihan semasa program untuk menerima pakai teknologi dan penyelesaian di­gital dalam perniagaan mereka,” ujarnya.

Menutnya, PMKS menyumbang lebih daripada 97 peratus daripada jumlah perdagangan di Malaysia dan penting untuk pertumbuhan ekonomi tempatan dan masyarakat.

“Kebanyakan perniagaan ini memerlukan sokongan yang mencukupi untuk memastikan daya saing berterusan dalam pasaran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN