CBP tambah cawangan di Sabah, Sarawak

CBP tambah cawangan di Sabah, Sarawak

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) akan membuka tiga lagi cawangan di Borneo, masing-masing dua di Sarawak dan sebuah di Sabah, pada suku keempat tahun ini.

Tiga cawangan itu adalah di Matang Jaya dan Miri Sarawak dan Sandakan, Sabah. Ketika ini CBP mempunyai sebuah cawangan di Jalan Kulas, Kuching dan dua di Sabah iaitu Kota Kinabalu dan Tawau.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pembukaan cawangan itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Dan kita melihat CBP mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat di cawangan-cawangan baharu kita,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pembukaan cawangan-cawangan baharu itu merupakan antara strategi CBP untuk membawa produk dan perkhidmatan perbankan secara terus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.

“Pembukaan cawangan-cawangan ini juga selari dengan Pelan Strategik CBP 2022-2026 di mana kita mensasarkan untuk mempunyai 36 buah cawangan di seluruh negara dapat dicapai.

“CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP,” katanya.

CBP telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank.

CBP mempunyai 30 buah cawangan dan outlet Ar Rahnu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. CBP menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN