PETALING JAYA: BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu telah mengeluarkan BYD ATTO 3 ke-500,000 di kilang perindustrian Hefeinya, hanya 19 bulan selepas pelancaran.
Menurut BYD, sebagai model pertama untuk pasaran global, BYD ATTO 3 telah menjadi model pertama kenderaan tenaga baharu (NEV) terlaris di pelbagai negara termasuk Singapura, New Zealand, Thailand, Israel, dan Sweden.
“Sehingga kini, kenderaan penumpang BYD beroperasi di lebih 50 negara dan wilayah.
“BYD ATTO 3 telah memegang tempat teratas dalam jualan NEV di Israel selama sembilan bulan berturut-turut dan kini merupakan jualan kenderaan elektrik tulen terlaris di Thailand setakat Ogos 2023.
“Pencapaian itu menggariskan pertumbuhan pengaruh dan kejayaan BYD dalam pasaran automotif global,” katanya dalam kenyataan.
BYD ATTO 3, kenderaan utiliti sukan (SUV) perintis yang mempamerkan teknologi canggih BYD e-Platform 3.0, memberikan prestasi cemerlang dari segi kecerdasan, kecekapan, keselamatan, dan estetika.
BYD ATTO 3 dilengkapi dengan BYD Blade Battery yang menawarkan gabungan keselamatan dan julat yang hebat.
BYD ATTO 3 telah mendapat sokongan pengguna tempatan dan pujian global, berikutan prestasinya yang cemerlang, pengalaman pemanduan yang luar biasa, dan reka bentuk tersendiri.
Bukan hanya mencapai skor Euro NCAP 5 bintang, tetapi ia juga telah diberi penghormatan anugerah berprestij seperti “2022 New Zealand Car of the Year” dan “VAB Electric Family Car of the Year of Belgium”.
Ditubuhkan pada 1995 sebagai pengeluar bateri, BYD ialah peneraju dalam teknologi bateri dan kekal komited kepada inovasi yang mampan. – UTUSAN










