BSN SSP lahir tiga jutawan baharu

BSN SSP lahir tiga jutawan baharu

KETUA EKSEKUTIF BSN, JAY KHAIRIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus komited menggalakkan dan menyemai tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan mempertingkatkan dan menambah baik produk dan perkhidmatannya termasuklah BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Terkini, BSN telah mengumumkan pemenang kategori Cabutan Jutawan bulan Ogos 2023 sekaligus menjadikan jumlah jutawan BSN SSP seramai 91 orang sejak ganjaran tersebut diperkenalkan.

Jutawan ke-91 BSN SSP adalah seorang anggota polis berumur 56 tahun berasal dari Pulau Pinang yang mula menyimpan secara konsisten sejak 2022.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, seramai 91 individu telah bergelar jutawan melalui BSN SSP setakat Ogos 2023.

“Ini jelas membuktikan keberkesanan BSN SSP sebagai platform simpanan inklusif yang memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, manfaatkanlah potensi BSN SSP untuk memupuk tabiat menabung sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, BSN turut mengumumkan jutawan BSN SSP bagi Julai 2023 yang dimenangi oleh seorang pesara guru berusia 84 tahun dari Johor. Beliau mula menyimpan dalam BSN SSP sejak 2012 melalui tabungan pencen bulanan dan
pemberian wang daripada anak-anak.

Pada Jun 2023 yang lalu pula, seorang kakitangan GLC, berumur 50 tahun dari Temerloh, Pahang telah dinobatkan sebagai jutawan BSN SSP ke-89. Beliau mula menyimpan dalam BSN SSP sejak 2013.

BSN SSP juga menawarkan kebaikan 3 dalam 1 iaitu menyimpan, menang dan memperolehi kadar keuntungan simpanan yang menarik sehingga 2.40 peratus setahun melalui BSN SSP Platinum dengan simpanan minimum RM3,000.

Bagi BSN SSP pula, pelanggan berumur 12 tahun ke atas hanya perlu menyimpan serendah RM10 untuk layak menyertai kempen ini.

Pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP mereka bolehlah berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), Perbankan Internet myBSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB) atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN). Bagi pelanggan baharu pula, simpanan BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN