PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan.
Menurut kenyataan BNM dalam laman sesawangnya, senarai itu terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Sebanyak 10 syarikat telah ditambah ke dalam senarai itu iaitu:
* Bespoke Holdings
* Budget Besties
* Pelaburan 2023 abrdn
* AG Asia Saham
* Herzen Academy
* MyDAS FA (tidak berkaitan dengan MyDAS FA Sdn. Bhd.)
* NordFX Asia
* YunikonFX
* AIProFX
* Cryptotech Institution Community (CIC)
“Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
“Senarai akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai,” katanya. – UTUSAN










