PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) menjalankan ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) untuk bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda…










