AmBank, BSN tawar bengkel pembangunan keusahawanan

AmBank, BSN tawar bengkel pembangunan keusahawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmBank bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan Bengkel Pembangunan Keusahawanan melalui Program Memperkukuh MSMEs untuk memupuk PKS-Mikro ke tahap akses baharu kepada penyelesaian kewangan.

Ia juga bertujuan menyediakan pengetahuan kewangan dan perniagaan yang diperlukan bagi membina dan meningkatkan kemahiran perniagaan peserta melalui beberapa siri program bengkel.

Dalam kenyataan bersama, AmBank dan BSN berkata, Program Memperkukuh MSMEs bertujuan mempersiapkan para peserta dengan ilmu celik kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, p0engurusan operasi dan pengetahuan transformasi digital.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada 200 PKS-Mikro terpilih yang sebelum ini mendapat manfaat daripada Skim Pembiayaan Mikro BSN.

“Matlamatnya adalah untuk meningkatkan PKS-Mikro ini ke tahap pertumbuhan perniagaan lebih tinggi dengan memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka yang semakin berkembang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, Bank berharap PKS-Mikro bukan sahaja akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang keperluan pembiayaan, tetapi juga mendapat pendedahan kepada idea baharu, trend yang sedang berkembang, dan model perniagaan yang inovatif untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

“AmBank dan BSN kekal komited untuk meneruskan usaha dan inisiatif ini bagi memastikan PKS-Mikro dapat memanfaatkan pelbagai program, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank pada bila-bila masa dalam membantu perjalanan pertumbuhan perniagaan mereka,” katanya.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil pula berkata, perkongsian akan mengukuhkan usaha BSN dalam peralihan pelanggan mikro ke segmen perniagaan kecil sejajar dengan aspirasi Pelan Strategik Korporat 5 tahun BSN.

“Program pembangunan ini menekankan dedikasi kami dalam melengkapkan pelanggan dengan kemahiran kewangan dan praktikal yang penting sambil mengekalkan BSN sebagai peneraju kepada komuniti perusahaan mikro,” katanya.

Program ini akan diadakan secara berkelompok bermula dari September hingga Disember 2023 bertempat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu serta menawarkan ganjaran tunai RM10,000 untuk modul
perniagaan terbaik bagi setiap lokasi.

Melalui program ini, peserta cemerlang akan diberikan anugerah PKS-Mikro modul perniagaan terbaik di samping membuka peluang kepada graduan PKS-Mikro yang layak untuk menikmati tawaran produk kewangan istimewa
daripada AmBank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN