PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM633 juta pada suku kedua 2023, berbanding RM536 juta suku pertama, mengekalkan daya tahan kewangannya walaupun berhadapan dengan persekitaran pasaran yang mencabar. Menurut PCG, peningkatan PAT sebanyak 18 peratus tersebut disebabkan keuntungan penukaran mata wang asing yang tidak direalisasi berikutan kenaikan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit. Katanya, pendapatan Kumpulan bagaimanapun berkurang sebanyak enam peratus suku ke suku kepada RM7.1 bilion daripada RM7.6 bilion suku pertama, berikutan permintaan yang lebih rendah daripada pengguna dan sektor pembuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya