KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) merekodkan peningkatan 14 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM254.2 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (separuh pertama 2023), berbanding tempoh sama pada 2022. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, walaupun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, hasil Kumpulan meningkat sebanyak 39.4 peratus kepada RM2.22 bilion (RM2,224.1 juta) dalam tempoh tersebut berbanding RM1.56 bilion (RM1,595.9 juta) pada tahun lepas. “Peningkatan tersebut didorong oleh pertambahan pendapatan bersih ekoran pendapatan bukan berasaskan dana lebih tinggi iaitu RM117.2 juta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya