PETALING JAYA: Jualan automotif UMW Holdings Bhd. melonjak kepada 36,780 unit pada Julai 2023, iaitu 43 peratus lebih tinggi daripada 24,983 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu. Kumpulan UMW dalam satu kenyataan berkata, peningkatan berkenaan disokong oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua yang terus memenuhi tempahan tertunggaknya. Menurut Kumpulan itu, sehingga Julai 2023, UMWT merekodkan pertumbuhan sebanyak lapan peratus apabila mencatat jualan sebanyak 57,008…