TCRS sasar gandakan cawangan menjelang 2025

TCRS sasar gandakan cawangan menjelang 2025

WONG KAH YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: The Chic­ken Rice Shop Restaurants Sdn. Bhd. (TCRS) menyasar menggandakan bilangan ca­wangan menjelang 2025, selain terus menyajikan makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS, Wong Kah Yong berkata, setakat ini, TCRS mempunyai 133 cawangan dan pihaknya menyasarkan untuk berkembang ke lebih banyak kawasan termasuk bandar-bandar kecil, pada masa yang sama membawa jenama ke peringkat antarabangsa.

“TCRS ialah rangkaian restoran halal yang sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya menu makanan kami selamat dimakan oleh seluruh warga Malaysia.

“Kami ingin memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai latar belakang. Dengan sijil halal, ia memboleh­kan kami beroperasi di pasaran pengguna yang besar.

“Sebagai jenama tempatan, menjadi jenama mesra halal membolehkan kami memperluaskan pangkalan pelanggan dan menghidangkan rakyat Malaysia dengan hidangan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kah Yong berkata, TCRS mempunyai pasukan yang mempunyai fokus utama untuk mengekalkan standard halalnya.

Katanya, pihaknya kerap melatih dan menyediakan pasukan kesedaran halal dan audit dalaman yang ketat di peringkat restoran dan pembekal.

“Kami percaya, dengan mengekalkan piawaian halal Jakim adalah antara sebab utama kesetiaan pelanggan kami terhadap jenama TCRS.

“Dengan sijil halal yang dimiliki, ia memberikan ka­mi peluang yang baik untuk menembusi pasaran lain, seperti negara Islam di Asia Tenggara.

“Kami juga menerima permintaan daripada negara lain untuk membuka cawangan namun, ia masih dalam peringkat perbincangan. Buat masa sekarang, kami tertumpu untuk mengembangkan operasi di rantau ini,” katanya.

Bercakap mengenai menu yang ditawarkan oleh TCRS, beliau berkata, TCRS sentiasa memperkenalkan promosi baharu untuk membuatkan pelanggan teruja.

Baru-baru ini, katanya, TCRS telah melancar semu­la menu Ayam Bakar Oh-Semm yang mempunyai per­mintaan tinggi, sempena ulang tahun ke-23 TCRS.

Menu kegemaran ramai adalah Crispy Roast Chicken, Hainanese Steamed Chicken, Soy Sauce Chicken, dan Prime Honey BBQ Chicken.

“Kami berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia mencuba menu kami yang bukan sahaja menghidangkan nasi ayam tetapi juga makanan tempatan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN