BANGI: Usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi setiap negeri yang melebar perlu diselaraskan, menurut penganalisis ekonomi. Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, pertumbuhan ekonomi ketika ini dilihat lebih tertumpu kepada beberapa negeri maju melalui pelaburan yang dibawa masuk. Menurut beliau, hampir 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 disumbangkan oleh lima negeri yang diistilahkan sebagai…










