PETALING JAYA: Pulangan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka stabil untuk suku berbaki tahun 2023 setelah mencatat pendapatan pelaburan melebihi purata pasaran pada separuh pertama tahun ini. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia berikutan masih terdapat ancaman kenaikan kadar faedah kepada aliran pasaran kewangan dunia, yang mungkin dipengaruhi oleh kadar inflasi dan pergolakan geo-politik semasa. “Perdagangan dunia juga dijangka lebih perlahan…










