PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, EP Blueshark Sdn. Bhd. (EPSB), telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan Grabcar Sdn. Bhd. (Grab), superapp terkemuka di Asia Tenggara, dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. (Blueshark), penyedia skuter pintar, untuk membentuk hubungan kerja dan meninjau peluang perniagaan bersama. Di bawah perjanjian itu, EPSB akan bekerjasama dengan Grab dan Blueshark untuk mempromosikan dan memperjuangkan program Mobiliti Hijau dan Alam Sekitar, Sosial…