KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan bertemu dengan ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi (telco) dalam masa terdekat bagi membincangkan isu caj peralihan perkhidmatan ke 5G. Menterinya, Fahmi Fadzil bagaimanapun memberitahu, tidak semua telco mengenakan caj peralihan perkhidmatan itu, sebagai contoh, YTL Communications. Beliau pada masa yang sama berharap, telco dapat menyelesaikan segera proses peralihan perkhidmatan ke 5G (agar dapat memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna). Fahmi menarik perhatian,…










