KGW buat penampilan di Pasaran ACE

KGW buat penampilan di Pasaran ACE

MAJLIS penyenaraian KGW Group di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KGW Group Berhad (KGW) memulakan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, dibuka pada 23 sen sesaham, mewakili premium 9.5 peratus, berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 21 sen sesaham.

KGW merupakan penyedia perkhidmatan logistik yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan laut, udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan serta pengedaran produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan.

KGW disokong oleh tiga anak syarikat, iaitu KGW Logistics (M) Sdn. Bhd. (KGW Logistics), Mattroy Logistics (Malaysia) Sdn. Bhd. (Mattroy Logistics), dan KGW Medica Sdn. Bhd. (KGW Medica).

KGW Logistics memberi tumpuan kepada kargo perkapalan ke dan dari Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran terbesar KGW manakala Mattroy Logistics mengendalikan penghantaran ke dan dari rantau lain di dunia. Sementara itu, KGW Medica mengkhusus dalam pergudangan dan pengedaran produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan.

“Kumpulan mengumpul sejumlah RM16.73 juta melalui IPO, di mana RM10.00 juta daripada hasil diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman bank berhubung pembelian bangunan pejabat tiga tingkat pegangan bebas dengan gudang dua tingkat yang terletak di Glenmarie, Shah Alam (Target Property).

“Sebanyak RM2.00 juta pula diperuntukkan untuk pengubahsuaian Target Property, manakala RM0.73 juta daripada hasil itu akan digunakan untuk tujuan modal kerja dan baki RM4.00 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian,” maklum syarikat itu dalam kenyataan.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif KGW, Tengku Faizwa Tengku Razif mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan KGW dan pasukan IPO DDWG atas kerja keras dan ketekunan mereka dalam membawa Kumpulan ke penyenaraian.

“Bagi pihak KGW, kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan, rakan niaga dan pembekal yang telah menyokong kami selama ini,” katanya.

Pengarah Urusan KGW, Datuk Roger Wong pula, ia merupakan pencapaian penting bagi Kumpulan dan bukti sejauh mana KGW telah datang sebagai perniagaan untuk menjadi penyedia perkhidmatan logistik terkemuka di Malaysia.

“Melalui penyenaraian ini, kami bukan sahaja mengukuhkan kejayaan kami, tetapi kami akan terus membina apa yang kami ada untuk membawa lebih banyak nilai kepada pihak berkepentingan kami,” katanya.

Menurut laporan penyelidikan pasaran bebas dalam prospektus KGW, Kumpulan menjana pendapatan sebanyak RM228.0 juta daripada penglibatannya dalam industri logistik Malaysia, bersamaan dengan 0.37 peratus bahagian daripada jumlah saiz pasaran (KDNK) industri logistik di Malaysia sebanyak RM62.20 bilion pada 2022.

Laporan itu menyatakan bahawa industri logistik Malaysia diunjurkan mencecah RM66.25 bilion pada 2023 dan berkembang kepada RM87.57 bilion pada 2027, berkembang pada CAGR 7.1 peratus bagi tempoh ramalan.

Secara khususnya, pasaran gudang dan penyimpanan di Malaysia dijangka mencecah RM2.58 bilion pada 2023 dan berkembang pada CAGR 8.2 peratus kepada RM3.59 bilion pada 2027.

TA Securities Holdings Berhad adalah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan, manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd adalah Penasihat Kewangan untuk IPO berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN