Acara `Go Aktif dengan Daia' promosi gaya hidup aktif

Acara `Go Aktif dengan Daia’ promosi gaya hidup aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah, menganjurkan acara larian dengan tema `Go Aktif dengan Daia’ bagi mempromosikan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

Larian itu yang turut disertai Duta jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani, berjaya menarik penyertaan lebih 3,300 peserta termasuk kanak-kanak bersama ibu bapa mereka.

Tumpuan utama acara tersebut ialah Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pemakai hijab dan keluarga mereka.

Pengarah Urusan Gentle Supreme Sdn. Bhd., Effendi Loong berkata, acara itu sangat menggembirakan apabila melihat begitu banyak keluarga hadir bersama-sama bagi meraikan gaya hidup aktif sambil menikmati detik-detik gembira dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Kami di Daia, memahami betapa pentingnya untuk kita berbau harum dan kekal segar, terutamanya untuk pemakai hijab semasa bergerak aktif.

“Menerusi produk berinovasi ini, kami komited untuk memberikan penyelesaian yang mudah dan berkesan bagi mengawal bau peluh, mempromosikan gaya hidup aktif sambil memastikan pemakai hijab dan keluarga mereka kekal selesa dan yakin sentiasa,” dalam kenyataan sempena program itu.

Sementara itu, Lisa yang turut berkongsi keterujaan terhadap acara tersebut menyatakan betapa beliau amat menghargai nilai gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan yang dititikberatkan oleh Daia.

Acara itu menandakan satu lagi pencapaian Daia dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian kepada pencucian pakaian dan penjagaan rumah yang berkualiti tinggi di samping mencipta pengalaman bermakna yang dapat memberikan inspirasi kepada keluarga dan individu untuk kekal aktif.

Daia Hijab All Day Freshness ialah detergen pencuci pakaian termaju, yang diformulasikan dengan Teknologi Smart IonTM dan Kawalan Bau Peluh memberikan prestasi standard tertinggi kerana ia mampu membasmi 99.9 peratus bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh semasa cucian serta meneutralkan bau ketika dipakai.

Produk ini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair, jelas Daia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN