PETALING JAYA: Syarikat Malaysia mencapai potensi jualan bernilai AS$38.4 juta (RM175.7 juta) pada pameran SEMICON West 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akselarasi Eksport) MATRADE, Sharimahton Mat Saleh berkata, pencapaian itu menunjukkan minat dan keyakinan yang kukuh terhadap keupayaan teknikal Malaysia dalam industri elektrik dan elektronik (E&E). Katanya, sebagai pautan utama dalam rantaian bekalan elektronik global, Malaysia menyumbang tujuh peratus daripada perdagangan semikonduktor global dan kira-kira 13 peratus daripada pemasangan, ujian dan pembungkusan cip global yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya