SLIC, Cyclone Robotics pacu hiperautomasi di Malaysia

SLIC, Cyclone Robotics pacu perkembangan hiperautomasi di Malaysia

MAJLIS pertukaran dokumen kerjasama antara SL Innovation Capital Berhad (SLIC) dan Cyclone Robotics.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SL Innovation Capital Berhad (SLIC), melalui anak syarikat milik penuhnya, CR Distribution Sdn. Bhd. (CRD), menjalin kerjasama untuk pengedaran eksklusif dengan Cyclone Robotics.

Perkongsian itu akan membolehkan Kumpulan untuk merebut peluang yang timbul daripada transformasi digital syarikat melalui penggunaan penyelesaian automasi proses robotik (RPA) di Malaysia.

Perkongsian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan SLIC, Soon Seng Teck dan Pengarah Serantau Cyclone Robotics, Hew Wee Choong, disaksikan oleh Pengerusi SLIC, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam jangka panjang, perkongsian itu juga bertujuan mempromosikan celik digital dan meningkatkan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja Malaysia untuk era digital.

Soon berkata, adalah penting bagi Malaysia untuk menjadi peneraju dalam landskap digital yang berkembang pesat. Bagi mencapai matlamat itu, penggabungan tentang keperluan perniagaan tempatan dan proses industri serta kepakaran Cyclone Robotics dalam penyelesaian RPA adalah perlu.

Beliau berkata, hiperautomasi dijangka menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun-tahun akan datang, didorong oleh peningkatan keperluan untuk pengoptimuman proses, kecekapan kos, dan pengalaman pelanggan yang dipertingkat.

“Perniagaan Malaysia juga mengiktiraf potensi besar hiperautomasi untuk mendapatkan kelebihan daya saing di peringkat pasaran global. Oleh itu, perkongsian antara Cyclone Robotics dan CR Distribution ini tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Hew pula berkata, perkongsian itu mencerminkan komitmen Cyclone Robotics untuk mengembangkan kehadirannya di Malaysia, dengan memanfaatkan kehadiran SLIC di pasaran.

Jelas beliau, rangkaian yang mantap bagi sokongan akan diwujudkan untuk memastikan bantuan segera dan diperibadikan.

“Perundingan automasi, latihan komprehensif dan kepakaran teknikal akan disediakan untuk menyokong SLIC dalam melaksanakan penyelesaian kami dengan jayanya di Malaysia. Bersama-sama, kami berharap dapat membentuk masa depan yang lebih cekap dan maju secara digital untuk Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN