Proton rekod kenaikan jualan 28.6 peratus separuh pertama 2023

Proton rekod kenaikan jualan 28.6 peratus separuh pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional Proton mencatat kejayaan pada separuh pertama tahun 2023 dengan mencapai jumlah jualan terkumpul terbaik sejak 2012.

Pada Jun lalu, Proton merekodkan jualan sebanyak 14,351 unit, menjadikan jumlah jualan sebanyak 77,321 unit, peningkatan 28.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jumlah itu mengatasi pertumbuhan jualan untuk industri lebih daripada tiga kali ganda.

“Bagi Jun, jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 61,900 unit dan hasilnya, pegangan pasaran Proton dianggarkan pada 23.2 peratus, manakala angka pegangan pasaran tahun sehingga kini telah meningkat semula kepada 21.3 peratus, peningkatan sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh yang sama dari tahun 2022.

“Ini adalah angka pertumbuhan tertinggi dalam kalangan lima jenama teratas di pasaran automotif Malaysia, yang juga meningkat sebanyak 9.4 peratus pada separuh pertama tahun ini,” jelas Proton dalam kenyataan.

Menurut Proton, lima modelnya merajui jualan segmen pada Jun, sementara X90 menjadi peneraju SUV segmen D baharu.

“Proton Saga mendahului semula sedan segmen-A dengan melepasi ambang 6,000 unit buat kali ketiga tahun ini setelah mengakhiri bulan Jun dengan 6,111 unit. Secara kumulatif, 33,325 unit telah dijual setakat ini, yang juga merupakan prestasi terbaik model itu sejak tahun 2012,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN