Persidangan ET tampil pakar-pakar sebagai panel

Persidangan ET tampil pakar-pakar sebagai panel

BAHARIN DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menggariskan pakar-pakar terkenal dalam pelbagai bidang berkaitan industri tenaga dan kelestarian yang akan berkongsi idea, pandangan, ramalan dan perspektif pada Persidangan Peralihan Tenaga (ET) dijadual 28 hingga 29 Ogos ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, persidangan itu bakal menjadi wadah yang merangsang fikiran dalam kalangan para peserta kerana TNB membariskan pakar ternama yang akan bercakap mengenai topik-topik penting dalam peralihan tenaga, dan berkongsi pandangan-pandangan berharga dalam mengharungi lansdkap industri tenaga yang sentiasa berubah.

Pakar berkenaan termasuk Ketua Pegawai Ekonomi dan Pengarah Urusan Kanan, Institut Ekonomi Tenaga Jepun (IEEJ), Dr. Ken Koyama; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Ir. Ts. Abdul Razib Dawood; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Octopus Energy Group, Greg Jackson; dan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Francesco La Camera.

Pakar lain adalah Naib Presiden Bank Pembangunan Asia, Ashok Lavasa; Naib Presiden Kanan Lux Research, Dr. Arij van Berkel; Pengarah Prinsipal Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd., Serina Hijjas; dan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Beliau berkata, Dr. Koyama dan Ashok akan menyertai panel pemimpin-pemimpin industri termasuk Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Zarihi Hashim dan Ketua Kelestarian Maybank, Shahril Azuar Jimin untuk membincangkan “The Price of Going Green” – iaitu bagaimana peralihan tenaga dapat dibiayai dengan cara bertanggungjawab dan lestari.

“Begitu juga Abdul Razib akan menyertai dialog bertemakan “Forward-thinking Policies & Regulations that Shape the Energy Transition” yang mana beliau akan memaparkan kepentingan dasar dan peraturan dalam memacu pembangunan tenaga lestari,” kata Baharin dalam kenyataan.

Tambah beliau, Francesco La Camera pula akan bercakap mengenai “Closing the RE Loop: Bridging the Net Zero Transition through Circular Economy Strategies” – dengan berkongsi pandangan bagaimana misi Peralihan Tenaga boleh dicapai dengan efisien dan lestari.

Peserta juga boleh memanfaatkan pengalaman Greg dalam menerajui satu daripada penyedia bekalan elektrik di Britain dan pemikirannya bagaimana teknologi dan data boleh digunakan secara inovatif untuk industri dan para pelanggan, dalam memperkasakan agenda peralihan tenaga.

Jeffrey Cheah pula dijadualkan berkongsi mengenai pembangunan lestari melalui bisnes dan nilai keprihatinan. Manakala Serina pula berkongsi mengenai “Smart Green Cities of the Future from the Eyes of an Architect” dan perspektif unik mengenai pembangunan perbandaran mampan.

Kataya, Dr. Arij pula akan menekankan peranan teknologi dalam “Empowering the Energy Transition” dan memacu perubahan dalam sistem tenaga lestari.

“Ringkasnya, persidangan ini akan memperincikan strategi merangkumi polisi-polisi transformasi, peraturan dan insentif kewangan dalam memacu agenda Peralihan Tenaga. Para peserta boleh memanfaatkan platform ini untuk berhubung dengan rakan-rakan teknologi strategik masingmasing dalam menangani komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN