MARANG: Syarikat pemaju perumahan kerajaan Terengganu, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (Koperat) akan membangunkan projek perumahan bercampur terbesar di daerah ini dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM120 juta dalam tempoh terdekat. Pengerusi Koperat, Hishamuddin Abdul Karim berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan 564 unit perumahan bercampur di kawasan seluas 20 hektar. Menurutnya, sebanyak 50 peratus daripada rumah yang dibina itu merangkumi pembangunan rumah mampu milik, rumah berkembar setingkat dan rumah…