PETALING JAYA: Kementerian Ekonomi akan memberi penekanan kepada aspek kenaikan gaji pekerja yang adil kepada semua pihak, menurut menterinya Rafizi Ramli. Rafizi dalam satu kenyataan berkata, sesi libat urus dengan pemegang taruh utama iaitu kerajaan, majikan, dan pekerja juga akan diadakan untuk mendapatkan pandangan semua pihak. Beliau berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk merangka beberapa pilihan dasar untuk dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang…










