PETALING JAYA: kehadiran Tesla di Malaysia akan menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif tempatan terutamanya dari segi ekosistem rantaian bekalan, menurut pakar ekonomi. Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan boleh terlibat segi menjadi pembekal komponen dan penyedia perkhidmatan kepada Tesla, termasuk hab kenderaan elektrik (EV) yang akan dibangunkan oleh Geely di Tanjung Malim. “Dari segi persaingan, mungkin…










