KDNK suku ketiga dijangka pada 3.4 peratus

KDNK suku ketiga dijangka pada 3.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd. mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang lembab pada suku ketiga tahun ini kepada 3.4 peratus berbanding unjuran 6.0 peratus bagi suku kedua, disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah yang berkurangan.

Firma penyelidikan itu dalam laporan pandangan ekonominya berkata, unjuran tersebut juga didorong oleh jangkaan kelembapan ekonomi global yang akan membebankan sektor berorientasikan eksport komoditi dan pembuatan.

Bagi suku ke suku, firma penyelidikan itu mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 2.2 peratus kerana momentum dijangka perlahan di tengah kelembapan ekonomi global aki­bat dasar pengetatan monetari global untuk memerangi inflasi.

“Walau bagaimanapun, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK untuk 2023 pada 4.7 peratus (2022: 8.7 peratus) kerana permintaan dalam ne­geri dijangka kekal berdaya tahan.

“Ini hasil daripada gaji minimum yang lebih tinggi, kadar pengangguran yang lebih rendah dan langkah sokongan fiskal kerajaan yang berterusan,” katanya, baru-baru ini.

Firma penyelidikan itu berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada pa­ras semasa iaitu 3.00 peratus untuk sepanjang tahun ini, be­r­i­­kutan kadar inflasi dijangka ber­kurangan manakala momentum per­tumbuhan ekonomi mungkin goyah pada separuh kedua tahun ini.

“Walaupun inflasi teras kekal meningkat pada 3.5 peratus pada Mei (purata lima tahun: 1.5 peratus), menandakan permintaan masih kukuh, kami masih menjangkakan BNM mengekalkan OPR berikutan peningkatan ketidaktentuan makro dan prospek pertumbuhan global yang lebih perlahan,” ujarnya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank turut menye­mak semula unjuran pertukaran mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi akhir suku ketiga kepada 4.51 (dari 4.27) dan menjelang hujung tahun 2023 kepada 4.29 (dari 4.11).

“Walau bagaimanapun, unjuran kenaikan harga ringgit kami kekal utuh, kerana kami menjangkakan potensi peningkatan dalam ekonomi China dan dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Selain itu, ditambah dengan faktor domestik yang mengga­lakkan dan mungkin menyokong mata wang tempatan,” jelasnya.

Firma itu berkata, bon domestik dijangka kekal berdaya tahan se­cara relatif, didorong oleh permintaan asing yang kukuh menjelang akhir tahun, terutamanya apa­bila BNM dijangka mena­matkan kitaran ­pengetatannya.

“Kami menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun akan diselesaikan pada 3.60 peratus menje­lang akhir 2023,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN