GRIP dijangka tarik pelaburan RM8 bilion

GRIP dijangka tarik pelaburan RM8 bilion

MAHMUD Abbas (tiga, kiri) memberi penerangan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari AMIRUDIN Shari mengenai projek GRIP Kota Puteri, di Gombak, Selangor, semalam. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pembukaan Taman Perindustrian Hijau (GRIP) Kota Puteri di sini, dijangka menarik kemasukan pelaburan sebanyak RM8 bilion ke Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abas berkata, kawasan taman perindustrian berkeluasan 152 hektar (377 ekar) itu mampu membina lebih 200 buah kilang.

“Taman perindustrian ini adalah berkonsepkan Taman Perindustrian Berpusat dan Berpagar (Managed Industrial Park) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 2 bilion.

“Apa yang menarik mengenai GRIP ini adalah ia pusat industri yang mementingkan penjagaan alam sekitar kerana kita mahu kurangkan pencemaran di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis pelancaran projek GRIP Kota Puteri, semalam.

Beliau menambah, projek tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri di dalam Rancangan Selangor 1 (RS1) yang menawarkan lot industri serta pembinaan asrama pekerja berpusat (CLQ) bagi menampung sehingga 4,000 pekerja.

“Pembangunan GRIP akan menawarkan produk seperti lot industri sebuah atau kilang berkembar dengan pemilikan secara individu.

“PKNS juga membangunkan ruang kerja (co-working), stesen mengecas kenderaan elektrik, kaunter setempat, ruang pameran dan lain-lain yang selaras dengan aktiviti perindustrian patuh kepada amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” ujarnya.

Katanya lagi, GRIP akan dibangunkan secara tiga fasa yang mana, PKNS mensasarkan untuk memulakan kerja pembangunan fasa pertama seluas 50 hektar (126 ekar) pada suku keempat tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN