PETALING JAYA: Genting Berhad dilaporkan telah menerima empat tawaran untuk hartanah tepi laut Miami yang dimilikinya, yang pada asalnya mahu dijadikan kasino. Memetik laporan Bloomberg, salah satu bidaan yang diterimanya dilaporkan melebihi AS$1.23 bilion (RM5.58 bilion). Michael Fay, dengan broker Avison Young, dalam satu kenyataan melalui e-mel berkata, penerimaan tawarannya berterusan, malah terdapat tawaran pada dan melebihi harga AS$1.225 bilion. “Hartanah itu, yang berkeluasan hampir 63,000 meter persegi, adalah tapak…









