PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan telah memperoleh kelulusan bersyarat untuk lesen pengilangan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mengeluarkan dan memasang kenderaan cekap tenaga empat roda (EEV), kenderaan penumpang elektrik (EV) dan kenderaan komersial elektrik. Kelulusan itu yang terletak di bawah skop Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, telah diberikan kepada Peps-JV (Melaka) Sdn. Bhd. (PJVM), anak syarikat milik penuh EPMB pada 10 Julai 2023. Lesen tertakluk kepada…










