PETALING JAYA: Capital Markets Malaysia (CMM) hari ini mengeluarkan Panduan Pendedahan ESG Ringkas (SEDG) yang dicadangkan untuk perundingan awam. Menurut kenyataannya, SEDG itu bertujuan untuk menyediakan panduan praktikal dan berstruktur tentang pendedahan yang dijangka daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan hal-hal alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). CMM, yang merupakan sekutu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), membangunkan SEDG untuk menyediakan PKS dengan set pendedahan ESG yang dipermudahkan dan piawai yang membolehkan mereka menerima pakai kemampanan untuk kekal berdaya saing dan relevan. Selain itu, SEDG juga menjawab permintaan pendedahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya