KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membentuk semula landskap pasaran dan kewangan memandangkan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran meskipun pernah merekodkan prestasi yang sangat baik pada masa lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin. Ujar beliau, pasaran modal Malaysia telah berkembang lebih daripada lima kali ganda, daripada RM0.7 trilion pada 1993 kepada RM3.6 trilion pada Jun 2023. Katanya, bilangan syarikat tersenarai awam juga meningkat hampir 1,000 buah selain pasaran bon korporat yang diiktiraf sebagai kisah kejayaan pasaran yang sedang membangun oleh institusi antarabangsa seperti Bank Dunia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya