PETALING JAYA: Sektor penerbangan Malaysia menunjukkan pemulihan pesat dengan trafik penumpang udara meningkat sebanyak 123.4 peratus kepada 19.4 juta tahun ke tahun pada suku pertama 2023, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Dalam laporan industri dwi-tahunannya, Waypoint, MAVCOM berkata, trafik penumpang antarabangsa telah meningkat pada purata 80.9 peratus suku ke suku susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa sepenuhnya. Selain itu katanya, Hak Trafik Udara (ATR) antarabangsa yang diluluskan juga mencatatkan peningkatan ketara tahun ke tahun iaitu sebanyak 246.1 peratus, menunjukkan pemulihan kukuh pasaran antarabangsa. Selain itu, jumlah trafik penumpang mencapai 73.0 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya